Mak aiiii amat menakutkan..kpd blogger2, sahabat handai HENTIKAN memakan produk acai beri yang disahkan mengandungi racun nie...Moga kite dijauhi dari segala kemungkinan..xpayah la nak kurus sehingga membahayakan diri sendiri..KURUS memang arr santek..tp kiranye ia mendatangkan keburukan baiklah kurus ngan DIET sendiri dengan nasihat doktor ke mkn mknan seimbang ke lagi bagui kikikiki...(mok cik ckp aje..tp mok cik xamalkan diet2 nie..) :( Jom share petikan dari harian metro yg mok cik dpt nie...
(Petikan dari Harian Metro 24 Oktober 2012)
IPOH: Ada produk kesihatan di pasaran yang didakwa dihasilkan
berasaskan buah istimewa, acai beri dikesan mengandungi kimia beracun
sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Setakat ini,
tiga produk berasaskan acai beri disahkan mengandungi
racun berjadual itu termasuk jenama ABC Acai Berry Soft Gel, Acai Berry
Dietry Supplement dan Acai Berry Slimming Herbal.
Lima lagi
produk acai beri iaitu Acai 1000mg Soft Gel, Acai Berry Detox, Acai
Berry Extreme, Acai Berry Pure dan Acai Supreme Plus pula didapati
dibawa masuk secara haram dan tidak berdaftar dengan KKM.
Kewujudan bahan kimia berjadual dalam produk berkenan dikesan hasil
ujian makmal terperinci dilakukan pakar Bahagian Penguat Kuasa Farmasi
(BPF) KKM sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman dalam satu kenyataan
media semalam berkata, bahan kimia sibutramine adalah sejenis ubat yang
pernah diluluskan sebagai antiobesiti sebelum diharamkan penggunaannya
oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 23 Disember 2010.
“Kelulusan itu ditarik balik kerana kesan toksik yang membahayakan
pengguna dan pernah menyebabkan beberapa kes mangsa menemui ajal.
“Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar nadi pada
sesetengah pesakit dan boleh memberikan risiko kepada pesakit yang
mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, dan
strok,” katanya.
Beliau berkata, produk acai beri yang
mengandungi kimia itu juga boleh berinteraksi dengan ubat lain dan
mengancam keselamatan pengguna.
“Pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu serta-merta.
Pengguna yang mengalami kesan sampingan boleh merujuk kepada pegawai
perubatan bertauliah untuk nasihat dan rawatan,” katanya.
Eisah berkata, KKM menerima banyak aduan berhubung produk pelangsingan
badan berasaskan acai beri yang dijual melalui Internet. “Sehubungan
itu, BPF menjalankan risikan dan siasatan terhadap produk mengandungi
acai beri. Difahamkan, acai beri adalah buah daripada sejenis pokok
palma yang biasa tumbuh di tepi paya di kawasan hutan hujan Brazil.
“Bagaimanapun, hingga kini, tiada bukti saintifik menunjukkan acai
beri boleh mempengaruhi penurunan berat badan atau mempunyai kesan
positif terhadap kesihatan,” katanya.
Produk acai beri dibenarkan untuk dijual di Malaysia mempunyai nombor pendaftaran produk MAL yang sah.
“Produk kesihatan berdaftar adalah produk yang sudah dinilai KKM untuk
keselamatan, keberkesanan dan kualiti. Mereka yang didapati menjual
produk tidak berdaftar boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah yang
jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tiga
tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
BPF sebelum ini
bertindak menyerbu beberapa premis di Selangor dan Terengganu dan
merampas produk ABC Acai Berry Soft Gel dan Acai Berry Dietry
Supplement.
(hanye skadar hiasan) :)